Assalamualaikum….
Rasa-rasanya sudah agak lama aku tidak menitip kata di alam
maya. Ruangan blog aku sepi tanpa tinta yang bernaung. Jadi kali ni aku nak kupaskan
sedikit konsep serta aspek tentang Qadar. Aku baru jer baca artikel ni. Jadi
aku cuba ketengahkan tentang maksud Qadar dan jenis-jenisnya. Qadar adalah
sesuatu ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. tetapi masih boleh
berubah mengikut tahap Qadar tersebut. So, rajin-rajinlah membuka mata dan baca
ilmu yang aku perolehi ini, walaupun aku masih cetek tentang ilmu ini. Tetapi,
hati aku menjerit-jerit untuk berkongsi dengan kalian.
Qadar ialah ketentuan Allah Taala ke atas seluruh alam
semesta mengikut ilmu-Nya yang azali dan kebijaksanaannya.
Qadar termasuk dalam beriman dengan Rububiyyah (kuasa
mencipta dan mentadbir) Allah Taala.
Firman Allah Taala :{Sesungguhnya kami menciptakan setiap
sesuatu menurut qadar ( yang telah ditentukan)}. [Al-Qamar: 49]
Sabda Nabi s.a.w. : “Setiap sesuatu telah ditentukan
termasuklah lemah dan rajin atau rajin dan lemah”. (Riwayat muslim).
Taqdir mengikut pandangan ulama’ Ahlus-Sunah:
Taqdir Mubram: iaitu taqdir yang muktamad dan ia tertulis di
Luh Mahfuz. Tidak ada pengurangan, penambahan atau pengubahan kepada taqdir
ini. Ia adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat
dihalang oleh sesuatu apa pun. Contohnya,kematian pasti berlaku.
Taqdir Mu’allaq: iaitu taqdir yang tertulis dalam cacatan
para malaikat. Dengan kehendak Allah, taqdir ini boleh tetap dan berubah
bergantung pada sebab-sebab yang diusahakan oleh manusia. Mu’allaq bererti
tergantung. Ia adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung
pada sesuatu perkara. Contohnya, panjang umur bergantung pada menghubungkan
silaturrahim dan amal kebajikan yang lain.
Dalil untuk 2 jenis taqdir ini ialah firman Allah SWTkan :
{Allah menghapuskan apa yang Dia kehendakidan menetapkan (apa
yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya terdapat Umm al-kitab (Lauh Mahfuzh).} [Ar-Rad 13:39]
Firman Allah: {Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan
menetapkan (apa yang Dia kehendaki)}… merujuk kepada taqdir Mu’allaq.
Firman Allah: dan di sisi-Nya terdapat Umm al-kitab (Lauh
Mahfuzh).} merujuk kepada taqdir Mubram.
Kita boleh berusaha menolak taqdir Allah dengan kesungguhan
kita ketika berdoa. Selain itu, berbuat baik dengan bapa akan memanjangkan umur
kita.
Firman Allah Taala : {Dan apabila hamba-hambaku bertanya
kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengkabulkan
permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka
memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.}
Tiada ulasan:
Catat Ulasan