Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 10 Oktober 2013

rasa bersyukur sangat impian selama ni dah pun tercapai. semalam aku n budak2 yang berhati baik dah menolong aku untuk pindahkan segala perabot aku termasuklah katil, almari dan sebagainya ke rumah baru aku.barang-barang tu semua aku letakkan di bilik no.2 bilik tetamu la konon2nyer sementara anak tak der lagi. tahun depan Insya Allah. rumah yang aku diami sekarang pun bukannya jauh mana pun. 2 minit pun boleh sampai dari rumah mak aku. waaa.... kampung dekat. jimat minyak kenderaan. maklum la... kerajaan dah kurangkan subsidi tapi naikkan harga. bagaimana dengan perasaan rakyat2 jelata? seronok? gembira? menderita? atau bersyukur? siap buat sujud syukur lagi sebab kerajaan naikkan semua harga. al-Hamdulillah. itu yang rakyat nak kan? ok la tutup tetap Barang Naik ni.
aku nak citer sal aku lak.
hari ni bilik aku yang bak syurga tu akan ditambah satu perabot lagi huhuhuhuhu.... aircond. hisyhhhhhh... lepas ni tak panas daaaa..... ^_^

Sabtu, 29 Jun 2013

Qadar

Assalamualaikum….
Rasa-rasanya sudah agak lama aku tidak menitip kata di alam maya. Ruangan blog aku sepi tanpa tinta yang bernaung. Jadi kali ni aku nak kupaskan sedikit konsep serta aspek tentang Qadar. Aku baru jer baca artikel ni. Jadi aku cuba ketengahkan tentang maksud Qadar dan jenis-jenisnya. Qadar adalah sesuatu ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. tetapi masih boleh berubah mengikut tahap Qadar tersebut. So, rajin-rajinlah membuka mata dan baca ilmu yang aku perolehi ini, walaupun aku masih cetek tentang ilmu ini. Tetapi, hati aku menjerit-jerit untuk berkongsi dengan kalian.
Qadar ialah ketentuan Allah Taala ke atas seluruh alam semesta mengikut ilmu-Nya yang azali dan kebijaksanaannya.
Qadar termasuk dalam beriman dengan Rububiyyah (kuasa mencipta dan mentadbir) Allah Taala.
Firman Allah Taala :{Sesungguhnya kami menciptakan setiap sesuatu menurut qadar ( yang telah ditentukan)}. [Al-Qamar: 49]
Sabda Nabi s.a.w. : “Setiap sesuatu telah ditentukan termasuklah lemah dan rajin atau rajin dan lemah”. (Riwayat muslim).
Taqdir mengikut pandangan ulama’ Ahlus-Sunah:
Taqdir Mubram: iaitu taqdir yang muktamad dan ia tertulis di Luh Mahfuz. Tidak ada pengurangan, penambahan atau pengubahan kepada taqdir ini. Ia adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. Contohnya,kematian pasti berlaku.
Taqdir Mu’allaq: iaitu taqdir yang tertulis dalam cacatan para malaikat. Dengan kehendak Allah, taqdir ini boleh tetap dan berubah bergantung pada sebab-sebab yang diusahakan oleh manusia. Mu’allaq bererti tergantung. Ia adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung pada sesuatu perkara. Contohnya, panjang umur bergantung pada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain.
Dalil untuk 2 jenis taqdir ini ialah firman Allah SWTkan :
{Allah menghapuskan apa yang Dia kehendakidan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya terdapat Umm al-kitab (Lauh Mahfuzh).}  [Ar-Rad 13:39]
Firman Allah: {Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki)}… merujuk kepada taqdir Mu’allaq.
Firman Allah: dan di sisi-Nya terdapat Umm al-kitab (Lauh Mahfuzh).}  merujuk kepada taqdir Mubram.
Kita boleh berusaha menolak taqdir Allah dengan kesungguhan kita ketika berdoa. Selain itu, berbuat baik dengan bapa akan memanjangkan umur kita.
Firman Allah Taala : {Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar  mereka selalu berada dalam kebenaran.}


Rabu, 25 Julai 2012

Imamku!

".....Duhai bakal suamiku , aku tidak meminta rumah yang besar , aku tidak meminta kereta yang gah , aku tidak meminta rantai emas dan juga permata , aku tidak meminta wang yang banyak , dan aku tidak mendambakan kehidupan yang mewah .. Tapi cukuplah aku meminta sesuatu darimu .. Bimbinglah aku ke JANNAH...... "

" Abanggg .. Andai syurga tu sekuntum bunga , apakah yang abang akan lakukan ??" 

" semestinya abang akan memetiknya untukmu "

" Andai syurga itu seekor burung ?? "

" abang akan menangkapnya "

" Andai syurga itu sebuah rumah ?? "

" abang akan binakannya untukmu "

" tetapi ..."

" apa sayang ? "

" ianya adalah sesuatu perkara yang tak dapat dilihat ,apatah lagi disentuh ,, ;'( , apakah yang abang akan lakukan ? "

" jangan risau .. Abang akan sentiasa merayu padaNya , agar kamu menjadi BIDADARI syurga "




KUKUNCIKAN ANGAN-ANGANKU KERANA AKU TAKUT IMPIAN KU MUSNAH...


Selasa, 24 Julai 2012

Salam Ramadhan


Pejam celik pejam celik dah tiba bulan Ramadhan. Rasa-rasanya terlalu cepat hari berlalu, apabila hari yang dinanti belum bertandang hati tidak sabar menunggu. Tetapi apabila ia muncul haruskah dibiarkan sahaja? Ramadhan tahun lepas-lepas agaknya bagaimana. Adakah lebih baik berbanding ramadhan pada tahun ini? Jika tidak sebaik yang diharapkan mohonlah pada Allah agar ia menjadi satu sinar ketelusan dalam mencari redha Allah. Apabila sebut tentang redha, janganlah sesekali kita munsykil akan tentang ketentuan Allah. Redha itu perlu dicari bukan dinanti. Segala perkara yang kita mahu, perlukan usaha. Jadi berusahalah.

Kata-kata diatas hanyalah sebagai intro pembuka kalam. Apa yang perlu aku ceritakan pada hari ini. Syukur pagi ni hujan turun renyai-renyai sehinggakan aku tidak sedar gerimis mencurah bumi menyuburkan alam. Mujurlah sempat juga aku sampai ke sekolah dengan menaiki motor Honda Wave berwarna biru. Sesampainya di sekolah hujan pun turun. Allah masih sayangkan aku kerana melindungi aku dari basah kuyup terkena air hujan. Allah masih sayangkan aku kerana hari ini Dia turunkan hujan untuk menghilangkan rasa tidak bermaya di bulan puasa. Sykur teramat syukur.

Rasanya tidak terlalu lambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan menjalani ibadah berpuasa disulami ibadah-ibadah sunat seperti Terawih, mengaji al-Quran,Qiamulai dan sebagainya. Al-maklum la aku terlalu sibuk sehinggakan tidak sempat untuk mengucapkan salam ramadhan kepada kengkawan di alam maya.

Setiap orang pasti mempunyai azam sepanjang hari yang dilalui. Apabila sebut tentang azam, pasti ada yang mengatakan azam hanya perlu dicipta apabila munculnya tahun baru. Sangkaan itu bagiku tidaklah 100% benar belaka. Masih ingatkah malam Nisfu Syaban? Semua buku amalan akan digantikan dengan yang baru. Jadi bermula dari situ tidak salah sekiranya aku dan mereka di luar sana pasakkan azam setinggi bintang. Jangan terlalu meremehkan soal azam. Jika tiada azam maksudnya kita tiada perancangan. Kenapa Allah takdirkan bulan Ramadhan selepas Syaban ya? Mungkin Allah mahu kita cipta perkara-perkara yang baik lagi beramal soleh pada permulaan buku amalan? Rasanya tidak salah aku bersangka baik.

"Buang yang keruh ambil yang jernih". Pepatah ini begitu sinonim dengan masyarakat Melayu, yang mana ingin memulakan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. So, jika ada yang bermusuhan eratkanlah tali persaudaraan, jika tidak bersembahyang mulakanlah dengan lafaz nawaitu solat, jika ada yang bakhil mulakanlah dengan sedekah, jika tidak membayar zakat tunaikanlah tuntutan agama. Nampak mudah tapi masih ada yang mengatakan mustahil. Lakarkanlah sinar kebaikan dalam buku amalan yang baru berganti.


Selasa, 17 Julai 2012

bingung

Aku bingung dengan sikapmu
Aku sangsi dengan kata-katamu
Antara kita…
Apa yang ada?
Antara kita
Apa yang terbina?
Dulu kita mesra
Mungkin antara aku dan kamu
Menyimpan satu perasaan yang dalam
Masing-masing pendam tapi tak terluah
Kita mungkin membina impian
Tapi belum tentu kesampaian…
Kita hampir terpedaya
Oleh gosip rakan-rakan
Tapi kau kata
Kau tak rasa apa-apa
Lantas….
Hatiku tersa nyilu
Bagai ditusuk sembilu…
Aku mengambil langkah berani
Menipu hati dan diri
Juga tak terkecuali kau……
Apa yang aku tahu…
Kau takkan memahami aku
Selagi kau tidak cuba mengerti……

Kasihnya Allah SWT

Allah sentiasa mencintai hambanya.
Adakah hambanya sentiasa mencintai Allah?
Allah sentiasa memberi jalan terbaik kepada hamba-Nya
Adakah hamba-Nya melalui jalan yang telah diberikan?
Redha Allah sentiasa mencucuri mahkluk sekalalian alam
Adakah makhluk ciptaan-Nya meredhai segala yang ditetapkan?
Allah maha Pemurah lagi Penyayang
Adakah kita sentiasa pemurah dan penyayang dalam kehidupan?
Allah sentiasa menjaga kita
dihulurkan-Nya al-Quran dan sunah Nabi
Namun,
Adakah kita sentiasa menjaga diri kita?
Allah sentiasa melindungi kita
Adakah kita sentiasa melindungi diri daripada dicela?
Allah sentiasa mengingati kita tentang kebaikan
Adakah kita sentiasa melakukan kebaikan.
Allah sentiasa menutup apa yang ditutup
Adakah kita telah menutup apa yang sepatut ditutup?

Betapa besarnya rahmat Allah
Terlalu banyak kasih-sayang-Nya
justeru,
Haruskah kita melupakan-Nya dalam segala tindakan
Membiarkan diri terus hanyut dalam kelalaian?

Sinar hidayah itu sentiasa muncul
Hidayah perlu dicari bukan dinanti!




Isnin, 25 Jun 2012

PETUA IMAM ASY-SYAFI’I

4 PERKARA YANG MENGUATKAN BADAN :

  • 2.      Memakai haruman
  • 3.      Kerap mandi
  • 4.      Berpakaian dari kapas

4 PERKARA MELEMAHKAN BADAN:
1.      Banyak berkelamin (bersetubuh)
2.      Selalu cemas
3.      Banyak minum air ketika makan
4.      Banyak makan bahan yang masam

4 PERKARA MENAJAMKAN MATA :
1.      Duduk mengadap kiblat
2.      Bercelak sebelum tidur
3.      Memandang yang hijau
4.       Berpakaian bersih

4 PERKARA MEROSAKKAN MATA :
1.       Memandang najis
2.       Melihat orang dibunuh
3.       Melihat kemaluan
4.       Membelakangi kiblat

4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN :
1.       Tidak banyak berbual kosong
2.       Rajin bersugi (gosok gigi)
3.       Bercakap dengan orang soleh
4.       Bergaul degan para ulama.

Selasa, 10 April 2012

50n TANDA ORANG-ORANG MUNAFIK

1. MALAS BERIBADAH KEPADA ALLAH
2. LUPA KEPADA ALLAH S.W.T
3. MELALAIKAN SOLAT FARDHU
4. MEMPERCEPATKAN MENGERJA SOLAT
5. MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT
6. GEMAR MENINGGALKAN SOLAT JEMAAH.
7. MELAKUKAN DOSA DAN KEMUNGKARAN SECARA TERSEMBUNYI.
8. MENYURUH YANG MUNGKAR DAN MELARANG YANG MAKRUF.
9. MENYEMBUNYIKAN ILMU PENGETAHUAN.
10. MENGAMALKAN RIYAK
11. HASAD DENGKI.
12. DUSTA
13. MUNGKIR JANJI
14. BAKHIL
15. FITNAH
16. MENCACI MAKI
17. MENGUMPAT
18. MENGUNGKIT KEMBALI PEMBERIAN KEPADA SESEORANG DAN MENYAKITI HATINYA
19. MENANGGUHKAN PEMBAYARAN HUTANG.
20. MENGINGKARI TAKDIR ALLAH
21. ENGGAN BERJIHAD DI JALAN ALLAH
22. MENGHINA SAHABAT RASULULLAH SAW.
23. MENYEMBUNYIKAN PERSAKSIAN PADA JALAN YANG BENAR
24. MENIPU DALAM JUAL BELI
25. GHASAB (MENGAMBIL TANAH ORANG LAIN TANPA HAK)
26. DUDUK DAN BERCAMPUR DENGAN ORANG YANG MEMPEROLOK AYAT-AYAT ALLAH.
27. MEMAKAN HARTA ANAK YATIM.
28. FITNAH
29. MEMBUKA RAHSIA ORANG LAIN.
30. MERASA AMAN DARI MURKA ALLAH APABILA BERBUAT DOSA
31. MEMANGGIL ORANG DENGAN GELARAN YANG TIDAK DISUKAI.
32. MENGHALANG ORANG DARI MENGAMAL AJARAN ISLAM
33.SUKA KEPADA KESESATAN DAN MENYESATKAN ORANG.
34. BERMUKA DUA
35. MENYANJUNG DAN MEMUJI OARNG TAPA MENGETAHUI KEADAAN SEBENARNYA.
36. SOMBONG ANTARA MANUSIA
37. SUKA BERBANTAH DAN BERTENGKAR SESAMA MUSLIM.
38. MELAMPAUI BATAS YANG DIGARISKAN OLEH ALLAH
39. BERPUTUS ASA DALAM MENGHADAPI CABARAN HIDUP.
40. MEMBAZIR DALAM MEMANFAATKAN NIKMAT ALLAH.
41. KELUH KESAH APABILA DITIMPA MUSIBAH.
42. MENGKHIANATI SESUATU AMANAH
43. MEMUTUSKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM.
44. MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN KAUM MUSLIM.
45. MENGHALALKAN PERKARA YANG HARAM
46. MEMBUAT KEROSAKAN DI MUKA BUMI
 47. MENUDUH ORANG BERIMAN BODOH.
48. MENGUBAH DAN MENYALAHGUNAKAN AYAT-AYAT ALLAH
49. BERSUMPAH DENGAN SELAIN NAMA ALLAH
50. MERASA GEMBIRA APABILA MUSIBAH MENIMPA ORANG BERIMAN.