Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 6 April 2012

MANFAAT STRES

1. Stres akibat takut gagal,menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
2. Stres akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keadaan.
3. Stress kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.
4. Stres kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam.
5. Stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri beruasaha meraih kejayaan hidup.
6. Stres melihat perbuatan mungkar berleluasa akan menyebakan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
7. Stres kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk menyembuhkan.

BAGAIMANA ISLAM MENGAJAR APABILA MENGHADAPI TEKANAN?

Keimanan :  Kembali kepada Allah melalui ibadah-ibadah fardu dan sunat yang lain. Pasakkan dalam diri akan keyakinan bahawa Allah memberikan jalan keluar pada hamba-Nya yang meminta dan mengharap. Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapi masalah.
Tadabbur : Benar, kita tidak ada daya untuk melihat Allah, tetapi kita mempunyai bukti-bukti kebesaran Allah. Lihatlah alam yang terbentang luas. Memikirkan betapa penyayangnya Allah apabila makhluk di dalam batu juga oleh hidup, inikan manusia sebagai kahlifah yang menadah tangan dan memohon bantuan-Nya.
Zikir : Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “(iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikirullah. Ketahuilah dengan zikirullah hati akan menjadi tenang. (Surah al-Ra’d 13:28).
Berimaginasi :   keadaan syurga yang cukup indah. Ada sungai arak dan susu yang mengalir, dilayan dengan bidadari yang cantik, tiada sedih dan buruk sangka. Semuanya menggambarkan ketenangan. Fikirkan, layakkah kita menjejaki ke sana?  Bagaimana harus kita ke sana? Syurga boleh menjadi motivasi supaya lebih kuat menghadapi tekanan hidup.
Doa : Beza antara orang Mukmin dan yang lain adalah senjata mereka yang dikenali sebagai doa. Doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah. Allah s.w.t  berfirman yang bermaksud : “ Dan Tuhan kamu berfirman: ‘Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.’” (Surah al-Mu’min 40”60)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan