Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 24 Julai 2012

Salam Ramadhan


Pejam celik pejam celik dah tiba bulan Ramadhan. Rasa-rasanya terlalu cepat hari berlalu, apabila hari yang dinanti belum bertandang hati tidak sabar menunggu. Tetapi apabila ia muncul haruskah dibiarkan sahaja? Ramadhan tahun lepas-lepas agaknya bagaimana. Adakah lebih baik berbanding ramadhan pada tahun ini? Jika tidak sebaik yang diharapkan mohonlah pada Allah agar ia menjadi satu sinar ketelusan dalam mencari redha Allah. Apabila sebut tentang redha, janganlah sesekali kita munsykil akan tentang ketentuan Allah. Redha itu perlu dicari bukan dinanti. Segala perkara yang kita mahu, perlukan usaha. Jadi berusahalah.

Kata-kata diatas hanyalah sebagai intro pembuka kalam. Apa yang perlu aku ceritakan pada hari ini. Syukur pagi ni hujan turun renyai-renyai sehinggakan aku tidak sedar gerimis mencurah bumi menyuburkan alam. Mujurlah sempat juga aku sampai ke sekolah dengan menaiki motor Honda Wave berwarna biru. Sesampainya di sekolah hujan pun turun. Allah masih sayangkan aku kerana melindungi aku dari basah kuyup terkena air hujan. Allah masih sayangkan aku kerana hari ini Dia turunkan hujan untuk menghilangkan rasa tidak bermaya di bulan puasa. Sykur teramat syukur.

Rasanya tidak terlalu lambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan menjalani ibadah berpuasa disulami ibadah-ibadah sunat seperti Terawih, mengaji al-Quran,Qiamulai dan sebagainya. Al-maklum la aku terlalu sibuk sehinggakan tidak sempat untuk mengucapkan salam ramadhan kepada kengkawan di alam maya.

Setiap orang pasti mempunyai azam sepanjang hari yang dilalui. Apabila sebut tentang azam, pasti ada yang mengatakan azam hanya perlu dicipta apabila munculnya tahun baru. Sangkaan itu bagiku tidaklah 100% benar belaka. Masih ingatkah malam Nisfu Syaban? Semua buku amalan akan digantikan dengan yang baru. Jadi bermula dari situ tidak salah sekiranya aku dan mereka di luar sana pasakkan azam setinggi bintang. Jangan terlalu meremehkan soal azam. Jika tiada azam maksudnya kita tiada perancangan. Kenapa Allah takdirkan bulan Ramadhan selepas Syaban ya? Mungkin Allah mahu kita cipta perkara-perkara yang baik lagi beramal soleh pada permulaan buku amalan? Rasanya tidak salah aku bersangka baik.

"Buang yang keruh ambil yang jernih". Pepatah ini begitu sinonim dengan masyarakat Melayu, yang mana ingin memulakan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. So, jika ada yang bermusuhan eratkanlah tali persaudaraan, jika tidak bersembahyang mulakanlah dengan lafaz nawaitu solat, jika ada yang bakhil mulakanlah dengan sedekah, jika tidak membayar zakat tunaikanlah tuntutan agama. Nampak mudah tapi masih ada yang mengatakan mustahil. Lakarkanlah sinar kebaikan dalam buku amalan yang baru berganti.


1 ulasan: