Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 15 Julai 2011

menyingkap kenangan

Kini usia ku hampir menjangkau usia 21. Kata orang usia 21 memasuki usia dewasa. Tentunya aku tidak terkecuali mencapai angka ini, seandainya Allah masih mengizinkan aku menghirup udara fana. Namun bukan kiraan usia yang ingin ku titipkan kali ini, tetapi jangkau usia pertemuan yang telah lama terkubur tidak berakar.

Bukan satu perkara mudah untuk kita bertemu semula dengan orang yang telah lama terpisah. Tambahan lagi insan yang pernah menjadi kawan sekitar umur enam tahun. Apatah lagi usia sekecil itu sudah tentunya hanya memikirkan mainan pondok-pondok, kejar mengejar, bersembunyi, mandi sungai, bergaduh (bergomol-gomol waktu kecil) dan sudah semestinya tidak akan terfikir bertemu semula dengan rakan-rakan. Usia sekecil itu apa yang hendak difikir? Belajar, makan, main. Itu sahaja perkara yang dilakukan oleh pelajar yang belajar di tadika. Belajar bahasa Arab, mengira, mengeja, makan (rehat), bermain tanah liat, bermain nenek-nenek si bongkok tiga, bergurau dan sebagainya. Rasa-rasanya tidak teruah dengan kata-kata setiap perkara yang pernah dilalui bersama-sama dengan rakan sebaya.

Kini usia ku menginjak ke angka 21. Sudah semestinya banyak perkara yang kulalui. Tanpa terfikir di minda untuk menyingkap kembali zaman kanak-kanak, kenangan itu tetap menjelma apabila kita bertemu dengan orang yang pernah belajar dan bermain dengan kita. Hari Rabu 13/7/2011 merupakan hari persekolahan. Aku bekerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta, walaupun gaji yang ditawarkan tidak lumayan namun semua itu bukan faktor yang mendorong untuk aku bekerja. Maksud aku biarlah banyak pengalaman mengisi minda dan sukma. Aku akui pernah bekerja di kedai makan, gaji yang ditawar juga tidak banyak hanya RM 100 ke atas tidak melebihi angka 2…. Bercakap tentang hari selasa, hari tersebut aku bertemu semula dengan rakan sebilik darjah denganku sewaktu tadika. Tidak sangka orang yang telah lama aku lupakan dan kurang ingat masih mengingatiku. Ermmm… bagaima mahu ingat jika orang yang ada di depan mata pun aku tersilap panggil nama sewaktu belajar dulu. Namanya Nabilah dipanggilnya Aina.

Kami mula menyulam kenangan bersama-sama. Bercerita kembali perkara yang dilalukan sewaktu sesi persekolahan tamat. Biasanya aku dan rakan-rakanku yang lain akan berjalan kaki beramai-ramai keluar dari lorong sekolah dan singgah ke kedai. Makan ais krim, asam, beramain-main.Aku pula lebih suka duduk di atas kerusi dan membandingkan siapa yang paling tinggi aku atau cikgu. Hihihihi… ada hati nak kalahkan cikgu. Aku menjadi hairan kenapa sewaktu orang duduk semuanya sama tinggi, apabila berdiri aku tengok semuanya tinggi tak sekata. Dari bawah hingga atas aku tengok cikgu apabila dia berdiri. Apabila aku sudah belajar di tahap yanga gak tinggi barulah aku temui jawapan. kini kedai yang selalu kami lepak sudah tiada. Tuk yang menjaga kedai itu pun sudah meninggal. Pondok kedai pun telah roboh. Belakang kedai yang suatu ketika dahulunya tiada jalan kini menjadi laluan keluar masuk lori untuk membawa balik hasil getah yang telah beku.

Aku pada mulanya tidak dapat mengenali guru atau murabbi baru tersebut, tetapi dia mengatakan seperti pernah melihat mukaku. Kami mula saling bertanya.muka kawanku Nabilah jauh berbeza Cuma yang pasti terpahat diingatanku ialah tahi lalat di pipinya. Sehinggakan aku pulang ke rumah aku masih terfikir tentang guru baru tersebut. Keesokan harinya barulah aku mengingati kembali.ternyata hanya kesilapan pada nama aku tidak dapat mengenalinya. Beza umurnya 2 tahun lebih muda dariku. Segala-galanya boleh berlaku dengan kuasa Allah. Kini kami mengulangi waktu yang berlalu, makan bersama-sama, ketawa , bergurau. Ohh…. Indahnya perancangan dan ketentuan Allah Ya Muhaimin…..

2 ulasan:

  1. hahahahahah.......msih mengingati knangn dahulu....yg agk kelkar ttpi sgt sronok....thanks bebyk ea kak c-tie....msh mengingati nbila....ukhuwah fillah abadan abada.......

    BalasPadam
  2. kenangan waktu kecik2 mmg best... mesti la igt lagi... ada sorang ustazah yang bukan mengajar kita pernah tarik pipi nabila pun kak igt lg.... hiiii... jeles la xder org tarik pipi kak waktu tu... hihihi... pipi nabila yg montel tu xder da skang.. kalo nk ader pipi cam dulu bdn pun kena sama cam dulu gak... hehehe...;)

    BalasPadam