mata memandang hati terusik, dalam diam bicara membisik, menjengah kalbu suara gemersik, sepi memikir sebelum terbangkit.
Jumlah Paparan Halaman
Selasa, 4 Januari 2011
perkenalan...
kakiku menyusun langkah untuk memasuki kelas. tahun 2011 sememangnya memberi cabaran kepadaku untuk mendidik anak bangsa ke arah yang lebih cemerlang. pagi tadi kau memasuki ke kelas tingkatan 4. tumpuan ku kepada pelajar lain beralih kepada pelajar baru. terasa hatiku mempunyai semangat baru untuk mengajar mereka. apakah persepsi mereka terhadapku? adakah bagus? kurang bagus? atau tidak bagus. aku harus tonjolkan prestasi aku sebagai pengajar yang berkaliber. seiring kehendak zaman semestinya akademik dan kokurikulum mendapat tempat yang cemerlang. tahun ni aku berkenalan dengan pelajar baru di tingkatan 1. pelbagai kerenah yang harus kulayani. antaranya berkenaan infrastruktur di sekolah ini, makanan. maklumlah sekolah ini dalam proses untuk dimajukan. aku harap lama-kelamaan mereka akan faham dan boleh menerima keadaan di sekolah ini. semua sekolah adalah sama tapi yang berbeza adalah tekad, azam dan usaha.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan