dalam lipatan sejarah silam
menyusun pelbagai prasangka aneh
semakin sukar menyingkir kepahitan
semakin bertandang perasaan benci
membiarkan diri terus hanyut
dalam sangkar angan-angan syaitan
dalam arus kehidupan
tergulung segala kesalahan
terlerai segala kebaikan dirancang
tidak tercantum yang diinginkan
tidak tercipta selakar kemahuan
saat kuntuman bunga mekar
mengharumkan setipis hayat
wangian dihembus racun-racun
pangkal rasa yang bertandang
tiba suatu situasi
mentaliti terarah pada paksi
mula teraba-raba
mencari...
akar yang kukuh
sayang....
hanya suatu ketika dahulu
cuba kita bangkitkan
semangat juang yang membara
cuba kita hancurkan titik khayalan
rugi... tiada keteguhan iman
musnah segala cubaan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan